Korang selalu pening kepala cari powerbank yang senang nak bawak ke mana-mana, muat poket, tapi power dia tak mengecewakan? 🤔 Nah, Cuktech 10 mungkin jawapannya! alert-warning


Powerbank ni bukan setakat kecik dan ringan, tapi bab charging speed dia memang padu! Jom kita tengok apa yang best pasal dia.

Design Minimalist, Saiz Compact

First impression bila tengok Cuktech 10 ni? Memang kecik dan ringkas.

  • Saiz & Berat: Direka khas untuk senang dibawa. Nak letak dalam poket seluar ke, beg tangan kecik ke, memang muat sangat. Ringan pulak tu. Sesuai la untuk daily carry.
  • Paparan Digital: Kat depan tu ada skrin digital. Bukan biasa-biasa, dia tunjuk info real-time macam kelajuan tengah cas, berapa peratus bateri tinggal, dan info penting lain.
  • Tekstur Anti-Gelincir: Belakang dia ada tekstur khas bergrid. Sedap pegang, tak licin, dan bila letak atas meja pun stabil.
  • Port Lengkap: Kat atas ada port USB Type A dan USB Type C. Dua-dua ni support charging sampai 100W, so boleh cas macam-macam gajet.

Design dia memang simple, tapi function dan praktikal untuk kegunaan harian.

Performance? Agak Power


Walaupun saiz dia comel, jangan underestimate ye.

  • Cas Laju Nak Mam! Ni part paling best. Cuktech 10 support:
    • Output sampai 150W: Boleh cas peranti korang dengan laju
    • Input sampai 90W: Nak cas powerbank ni balik pun pantas! 15 minit cas je boleh dapat 55% bateri powerbank.
    • Support 120W HyperCharge: Pengguna Xiaomi yang ada phone support 120W HyperCharge tu, memang ngam powerbank ni
  • Kapasiti 10,000mAh: Cukup sangat untuk cas phone korang beberapa kali, atau selamatkan laptop masa bateri critical time emergency.
  • Selamat: Dibuat dari bahan kalis api. Boleh bawak naik flight atau travel ke luar negara tanpa risau.
  • Compatible Banyak Gajet: Boleh guna untuk cas iPhone, Samsung, tablet, laptop, dan macam-macam lagi.

Lagi Kecik Dari Cuktech 50?

Cuktech 10 ni memang jauh lebih kecil dan compact. Kalau korang utamakan portabiliti untuk kegunaan harian, memang Cuktech 10 ni pilihan yang lebih logik berbanding model yang lebih besar.

Kesimpulan: Powerbank Harian Terbaik?

Jadi, kalau korang cari powerbank yang:

  • Kecil dan ringan
  • Senang nak bawa ke mana-mana
  • Ada pengecasan pantas yang gila laju (input & output)
  • Kapasiti 10,000mAh yang cukup untuk harian
  • Ada skrin digital

Cuktech 10 ni memang pilihan yang sangat ideal. Nak tahu lebih lanjut? Boleh la usha kat platform online Cuktech. Kalau nak dapatkan terus, bolej je klik sini. Apa pendapat korang? Ada yang dah pakai Cuktech 10 ni? Share sikit pengalaman kat komen! 👇

Post a Comment

Terbaru Lebih lama