Korang tengah survey phone baru and fokus kat kualiti kamera? Actually kreiteria macam ni memang banyak dalam pasaran. Sampai pening kepala nak pilih kan? alert-success

Ok chill dan baca post ni sampai habis k!

Admin nak share dengan korang panduan ringkas untuk bantu korang identify smartphone mana yang paling ngam ikut apa yang korang cari. Ingat tau, ni ringkasan je. Jom kita tengok pilihan utama ikut kategori:

1. Keseluruhan Terbaik

Kalau korang nak pakej kamera paling lengkap dan padu dari A-Z, dua model ni memang stand out:

Xiaomi 15 Ultra

  • Kamera dia memang gila power! Ada 4 focal length berbeza, siap boleh zoom sampai 120x!
  • Kualiti video pun dikatakan sangat mantap.
  • Warna gambar cun hasil kerjasama dengan Leica.

Vivo X200 Pro

  • Setanding dengan Xiaomi 15 Ultra dari segi hardware kamera.
  • Kerjasama dengan Zeiss, bagi pilihan warna yang lain sikit, terutama untuk gambar potret.

2. Software Power + Kamera Bagus

Kadang-kadang, bukan hardware je penting, software pun main peranan. Untuk kategori ni:

Samsung Galaxy S25 Ultra

    • Walaupun mungkin bukan yang terbaik secara keseluruhan kalau lawan Xiaomi/Vivo, kamera dia tetap sangat bagus.
    • Kelebihan utama dia ialah perisian kamera Samsung yang matang, stabil, dan banyak fungsi berguna.

3. Film Look

Kalau korang suka gambar yang nampak macam guna filem lama, warna faded sikit, ada vibe Fuji? Check out dua ni:

OnePlus 13 / Oppo Find X8 Pro

  • Kedua-dua phone ni (biasanya berkongsi teknologi kamera) bekerjasama dengan Hasselblad.
  • Hasilnya, gambar ada tone warna unik yang mirip gaya filem, lebih muted dan cinematic.

4. King of Video

Kalau fokus utama korang ialah record video, terutamanya untuk upload kat media sosial:

iPhone 16 Series (Terutamanya iPhone 16 Pro)

  • Sampai sekarang, iPhone masih pegang takhta untuk kualiti dan kestabilan video yang reliable. Senang nak edit dan upload.
  • Kenapa iPhone 16 Pro? Sebab saiz dia lebih sedap pegang (tak besar macam Pro Max), tapi dapat semua lens penting: ultra wide, kamera utama dengan zoom optikal 5x, dan sokongan Apple ProRes 10-bit untuk color grading video yang serius.

Untuk content creator atau sesiapa je yang selalu rakam video, iPhone masih pilihan utama.

Kesimpulan: Pilih Ikut Keperluan

Nampak kan, setiap phone ada kelebihan masing-masing. Pilihan terbaik tu bergantung pada apa yang korang paling utamakan: Nak zoom paling power? Nak warna ala filem? Atau nak video paling stabil?

Panduan ringkas ni harapnya dapat bagi gambaran awal. So lepas baca blog post ni, korang team mana? Xiaomi? Vivo? Samsung? iPhone? Atau ada pilihan lain? Kongsi sikit kat komen!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama