Xiaomi Pad 7 merupakan salah satu produk terbaru dari Xiaomi yang hadir dengan reka bentuk premium dan ciri-ciri hebat untuk memenuhi pelbagai keperluan–daripada bekerja, bermain, sehingga menikmati hiburan. alert-success
Reka Bentuk dan Kualiti Binaan
Xiaomi Pad 7 datang dengan design baru yang firm dan menarik:
- Magnetik: Sambungan antara tablet dan keyboard guna magnet, bukan mekanisme snap biasa, berikan feeling premium dan lebih mudah nak guna.
- Casing Belakang Berfabrik: Direka supaya tidak licin bila dipegang, menambahkan elemen praktikal dan premium.
- Ketebalan Sederhana: Bila tablet dan keyboard digabungkan, dia macam form factor laptop tapi ringan dan mudah nak bawa.
Spesifikasi dan Prestasi
Tablet ini dilengkapi dengan perkakasan mantap untuk produktiviti dan hiburan:
- Cip: Snapdragon 7 Plus Gen 3 cukup power untuk tugas harian dan gaming.
- Bateri: 8,850mAh menyokong pengecasan pantas, menjamin waktu penggunaan panjang tanpa kerap mengecas.
- Paparan Skrin: Resolusi 3.2K dengan nisbah aspect 3:2 sesuai untuk membaca dokumen dan menonton filem.
- Kecerahan Puncak 800 nits menjadikan paparan jelas walaupun dalam cahaya terang.
- Refresh Rate 144Hz, memberikan pengalaman yang sangat lancar, sama ada melayari web atau bermain game.
- Dolby Vision dan HDR memastikan warna lebih hidup dan grafik lebih mantap.
Sistem Audio: Dilengkapi empat speaker flagship dengan Dolby Atmos untuk bunyi surround, bersama volume boost sehingga 200%.
Kombinasi komponen ini memberikan pengalaman terbaik untuk multitasking, hiburan, dan gaming.
Focus Pen dan Ciri-Ciri AI Hebat
Focus Pen sebagai pelengkap untuk kreativiti dan produktiviti:
- Pressure Sensitive dan Latency Rendah: Menyediakan pengalaman melukis yang responsif dan natural.
- Butang Customizable: Memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menetapkan fungsi pilihan.
- Xiaomi Hyper AI: AI ini membolehkan pelbagai tugas seperti transformasi contengan kepada visual profesional, menjadikannya mesra pengguna kreatif.
Sebagai contoh, korang boleh conteng bentuk asas, dan AI Xiaomi Hyper akan "melengkapkan" lukisan dengan tepat–daripada kereta, lori, sehingga bentuk geometri.
Ekosistem dan Penyesuaian Visual
Xiaomi Pad 7 tak hanya offer performance, ekosistem dia punya mengancam:
- Xiaomi Hyper Connect: Mudah connect ke peranti Xiaomi lain seperti telefon, earbud, atau smart TV.
- Homescreen Plus 2.0: Membolehkan korang customize wallpaper, widget, efek, dan banyak lagi, menjadikan tablet ini unik mengikut selera pengguna.
- PC Label Operation: Menyediakan fungsi tablet seperti touchpad keyboard laptop dengan kebolehan membuka banyak aplikasi terapung secara serentak.
Untuk yang biasa dengan laptop, Xiaomi Pad 7 menawarkan pengalaman yang hampir sama, berkat ciri workstation mode.
Gaming dan Hiburan
Prestasi gaming pada Xiaomi Pad 7 memang terbukti memuaskan:
- Snapdragon 7 Plus Gen 3 boleh tapau game berat macam COD Mobile dengan grafik lancar tanpa lag.
- Dengan refresh rate 144Hz, pengalaman gaming jadi lebih lancar.
- Quad speaker Dolby Atmos pula meningkatkan pengalaman audio, sama ada semasa bermain atau menonton filem.
Bagi kaki movie atau gaming, tablet ini memang direka supaya setiap detik hiburan terasa lebih hidup.
Kamera dan Ciri-Ciri Lain
Walaupun Xiaomi Pad 7 bukan tablet untuk fotografi, ia tetap menawarkan kamera yang mencukupi untuk kegunaan asas:
- Kamera Belakang: 13MP, sesuai untuk tangkapan dokumen atau gambar kasual.
- Kamera Depan: 8MP, sangat mencukupi untuk panggilan video dan keperluan harian.
Tersembunyi dalam tablet ini ialah fungsi infrared remote control, menjadikannya alat kawalan jauh untuk peranti lain.
Kesimpulan
Dengan harga sekitar RM1,500, Xiaomi Pad 7 adalah tablet yang menawarkan kombinasi yang agak strong antara reka bentuk premium, prestasi tiptop, dan smart ekosistem. Sama ada korang perlukan tablet untuk kerja, gaming, atau hiburan, Xiaomi Pad 7 obviously pilihan yang menarik dalam kelas yang tersendiri. Kalau korang berminat, boleh dapatkan di Xiaomi Official Mall.
Apa pendapat korang? Adakah Xiaomi Pad 7 cukup untuk menggantikan laptop korang? Kongsikan idea dan pengalaman korang di ruangan komen di bawah.


Catat Ulasan